1.Tekanan darah tinggi

Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin  jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

 

2.Kegemukan

Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

 

3.Diabetes

Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

 

4.Penyakit jantung

Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar  ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.Kesannya sendiri mau tau la..KO.

 

5.Fungsi imun terjejas

Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?

 

6.Ketumbuhan tumor.

Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan  minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

 

7.Osteoporosis

Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

 

8.Proses penuaan

Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

 

9.Terlalu aktif

Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.