Bila kita bercerita mengenai gula, akan terpalit obesiti dan diabetes, bagaikan cinta segitiga. kisah mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kenapa?

Apabila karbohidrat dalam makanan dicerna, ia dibahagikan kepada bentuk yang ringkas iaitu glukosa yang menyebabkan kenaikan gula dalam darah atau glukosa dalam darah. Sebagai tindak balas, tubuh melepaskan insulin yang berfungsi mengangkut gula ke sel untuk memberikan tenaga. Semakin ringkas gula itu, semakin mudah dipecahkan.

Ini bermakna gula ringkas dapat dicernakan dengan cepat dan menyebabkan kadar gula darah naik dan mendorong lonjakan insulin. Teori menunjukkan bahawa jika diet anda sentiasa mengandungi gula ringkas dengan kadar yang tinggi akan menyebabkan fungsi perembesan insulin tubuh anda semakin berkurang dan menyebabkan kepada diabetes terutama diabetes type 2.

Penemuan terbaru telah mendapati terdapat kaitan antara pengambilan gula dan kenaikan berat badan. Satu kajian telah menunjukkan bahawa wanita mengambil 2 gelas air manis sehari lebih berisiko untuk menghidap diabetes type 2.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pakar kesihatan menolak idea bahawa gula sahaja boleh menyebabkan masalah perembesan insulin atau diabetes type 2. Mereka menyatakan bahawa keadaan ini tidak boleh disebabkan oleh meminum air bergula sahaja tetapi pemakanan yang tidak seimbang seperti mengamalkan makanan manis dan berlemak juga boleh menyebabkan kelebihan berat badan, yang merupakan salah satu faktor risiko utama diabetes.

Kesimpulan:

Gula boleh diambil jika kita menikmati sesekali dan sedikit. Walau bagaimanapun, isu yang kita hadapi pada hari ini adalah makanan berkalori tinggi sangat mudah didapati menyebabkan kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan diet. Penyelesaian terbaik adalah dengan pengambilan banyak sayur-sayuran, bijirin , termasuk daging, ikan, telur, kacang dan minum air putih serta minuman tanpa alkohol kerana dengan pengamalan ini anda akan mempunyai sedikit gula tambahan dalam diet anda.

 

Sumber: http://www.healthyfood.co.uk/article/is-sugar-to-blame-for-obesity/