Jumlah pesakit Diabetes di Malaysia amat membimbangkan kerana kira-kira 3.5 juta atau 17.5 peratus warganegara berusia 18 tahun ke atas mempunyai penyakit ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata berdasarkan kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2015, lebih separuh atau 9.2 peratus tidak menyedari bahawa mereka mengalami kencing manis. Katanya “Pada tahun 2011, terdapat 15.2 peratus pesakit kencing manis berbanding dengan 11.6 peratus pada tahun 2006. Ini menunjukkan peningkatan jumlah kes setiap tahun,”. Beliau juga berkata ramai yang sakit diabetes berpunca dari gaya hidup tidak sihat dan tidak memakan makanan yang sihat dan seimbang. Memandangkan keadaan itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan awal setiap tahun untuk tekanan darah dan tahap kolesterol.

Dr Hilmi berkata bagi setiap pesakit kencing manis, kerajaan terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM2,684.24 setiap tahun, manakala seorang pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu membelanjakan RM1,400 hingga RM3,200 setiap bulan untuk hemodialisis. “Ini adalah jumlah yang besar dan kerajaan
bukan sahaja dibebani dengan kos yang tinggi dalam penjagaan kesihatan tetapi juga oleh kehilangan produktiviti pekerja pesakit,” katanya.

Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin berkata garis panduan amali klinikal yang memperkenalkan penggunaan ujian darah A1c dapat lebih mudah dan berkesan mendiagnosis diabetes. “Sebelum ini, individu yang ingin tahu sama ada mereka mengidap diabetes perlu menjalani ujian darah selepas berpuasa selama lapan jam atau menjalani ujian dengan meminum glukosa. “Tetapi dengan ujian darah A1c, mereka tidak perlu berpuasa dan sebenarnya, mereka boleh mengambil ujian selepas makan dan keputusan ujian lebih tepat,”

Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/08/hilmi-alarming-increase-in-diabetes-among-malaysians/#HPWuMXOPm3IYzC9C.99